Malaysia Diminati Keluarga Pelancong Arab - Terowong Informasi

Breaking News

Malaysia Diminati Keluarga Pelancong Arab

MADINAH, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia sering dirujuk sebagai destinasi percutian keluarga oleh pelancong Arab Saudi kerana persekitarannya yang dilihat amat sesuai dan menarik untuk percutian bagi sebuah keluarga Muslim.

Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Datuk Prof Syed Omar Syed Al-Saggaf berkata tahun lepas Malaysia dikunjungi 90,000 pelancong dari Arab Saudi, dan tahun ini jumlahnya disasar menjangkau 100,000.

Beliau berkata jika satu ketika dahulu pelancong dari Arab Saudi hanya berminat untuk melancong ke luar negara di musim panas, kini dengan promosi agresif oleh Malaysia, faktor iklim tidak lagi diambil kira.

"Promosi Malaysia di sini juga saya lihat bertambah hebat, jika dulu banyak yang diperkatakan pelancong di sini mengenai kawasan-kawasan di pantai barat sahaja, kini mereka juga bercakap mengenai pantai timur, mengenai pantai-pantai di Terengganu dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini selepas menyambut ketibaan jemaah haji pertama dari Malaysia ke sini.

Merujuk kepada aspek perniagaan, Prof Syed Omar berkata ketika ini banyak syarikat besar dari Arab Saudi berminat untuk melabur di Malaysia, antaranya disebabkan oleh hubungan diplomatik yang baik antara kerajaan kedua-dua negara.

Banyak projek besar di sini turut membabitkan kepakaran dari Malaysia, seperti projek monorel di Mekah, projek pembangunan di Universiti Al-Malik Faisal dan projek perumahan.

-- BERNAMA

P/S : Patutlah di Kuala Lumpur ramai orang arab.lagi - lagi di bukit bintang.Dah macam negara diorang mereka buat.

2 comments

Unknown said...

pelancong yg dtg sebagai penyangak pon ramai

Terowong Informasi said...

hahha..mmg pon