10 Makanan Paling Jijik Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

10 Makanan Paling Jijik Di Dunia

Hai semua.
Ada yang masih belum tidur lagi ke? Rasa bosan dan tak tahu nak buat apa? Mari layan sebentar informasi yang Hackers nak kongsikan kepada kamu semua. Informasi jika kita simpan sahaja tak guna juga. Baik Hackers kongsikan kepada kamu semua. Hari ini Hackers nak kongsi informasi mengenai 10 makan paling jijik di dunia. Seperti mana yang kita tahu, negara China merupakan tempat teratas yang mempunyai makanan paling jijik di dunia. Semua benda mereka sental. Kononnya untuk kesihatan katanya. Itu fahaman masing - masing, kita tak boleh menyalahkan mereka. Walau jahil sekali mereka ini, itu hak mereka dan kepercayaan mereka. Hackers nak nak buang masa, mari lihat 10 Makanan Paling Jijik Di Dunia :

1. Burger “Cindil” di China.
Cindil atau anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuat tubuh lebih sihat. Selain itu, cindil juga mempunyai kandungan protein yang tinggi. Cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dengan burger. Anda mahu cuba?


2. Otak Monyet Hidup di China.
Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah vitalitas(apa tu?) pada lelaki terutama penyakit Impotensi. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling ampuh untuk ubat kuat. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan diusahakan jangan sampai mati. Kemudian kulit kepala bahagian atas diumpil dan dikupas kulitnya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan disantap dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.Yang ini Hackers pernah dengar. Ada yang mengatakan di Johor Bahru ada jual tetapi itu cerita dahulu..

3. Daging Tikus Goreng di China.
Tikus-tikus yang biasa berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di China. Daging tikus yang telah disiang untuk digoreng dan disantap dengan menggunakan merica(?) sebagai penyedap. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi.

4. Ulat Rebus di Botswana.
Suku kaum di pedalaman Botswana menyantap Ulat-ulat Mapone sebagai menu makan sehari-hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan dimasak dengan menggunakan kayu api seadanya dan disantap bersama-sama.
 
5. Soya Busuk di China.
Soya yang telah berfermentasi / berjamur diproses untuk dijadikan menu makanan, dan hanya terdapat di negara China. Apa agaknya rasa makan soya busuk ini? Macam jeruk ke?

6. Janin Telur Itik di Filipina.
Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin dimasak atau direbus lalu disantap dengan menggunakan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi.
 
7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan dijual dengan harga yang sangat mahal.Anda nak cuba makan benda ini? Hackers tak sanggup...

8. Sos dari Sperma Ikan Mas di Hungaria.
Di negara Hungary, sperma ikan Mas diolah dan dicampur dengan susu untuk di jadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.Nyum - nyum...

9. Steak Daging Buaya di Singapura.
Negara jiran paling dengan dengan kita iaitu Singapura, daging buaya (kebanyakan anak buaya) diolah untuk menjadi steak buaya. Daging-daging buaya (terutama bahagian paha tangan dan kaki) disajikan bersama kentang goreng. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini. Ianya terhad. Jika mahu booking awal - awal ok..heheh
 
10. Bola Mata Ikan Tuna di Jepun.
Di Jepun, bola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah diolah untuk di santap sebagai "Cemilan" disaat masa lapang. Bola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina disaat sedang kepenatan.
 
Itulah 10 Makanan Yang Paling Jijik Di Dunia sekarang ini. Mungkin ada benda yang baru mereka hasilkan. Tak silap Hackers yang terbaru di negara China adalah sup janin manusia. Bila difikirkan, semakin maju dunia ini, semakin jahil pemikiran manusia sekarang kerana tidak dapat membezakan yang bersih dan kotor. Mereka pentingkan kesedapan dan khasiatnya sahaja.Cuba fikirkan....
 
 
 
 

6 comments

Ika.S said...

huuuuuu T.T sedih . cne nak makan esok . mesti teringat makanan2 di entry awk ni ha .

Terowong Informasi said...

hahah..abislah awak ika..termuntah2lah nnt,,buueekkk

Unknown said...

yerkkk gelinyaaaaa!! nak muntah pink..tolooonggg!! terbayang2 dah ni...eeeee yerkk!

Terowong Informasi said...

yes yes..ramai nak termuntah dengan entry ini..heheh

Nuriy Arisa said...

rase nk termuntah tgk makanan nie sume..dri nu 1..sampai la yg ke 10 nie...pelik2 la manusia zmn skrg nie..

Unknown said...

kembang tengkok aku !