Blogger Suka Entry Seks.. - Terowong Informasi

Breaking News

Blogger Suka Entry Seks..

Entry seks seperti kes rogol, khalwat dan zina menjadi entry terpanas di sesetengah blog di Malaysia.
Jika kita letak tajuk, "Pelajar Sekolah Lakukan Seks Dengan 5 Lelaki", confirm 20 orang atau lebih dari itu akan dibaca dalam masa serentak mengenai cerita itu. Jika ditambah video panas, lagilah ramai yang akan masuk ke blog itu. Percaya atau tidak, ini adalah realiti. Cuba anda buat entry panas yang mempunyai unsur seks, baik - baik blog anda  merundum, dengan tiba - tiba ia akan naik sekelip mata. Adakah blogger Malaysia suka dengan entry Seks sebagai kekuatan blog tersebut?
Apa yang Hackers lihat, jika blogger tersebut buat entry mengenai seks ini, ramai pembaca tidak akan komen pada entry tersebut. Jika komen, orang lain akan tahu siapa pembacanya yang suka mengenai entry seks ini. Setiap saat dan minit, entry Seks berlambak dalam google search. Anda taiplah segala tajuk yang berunsur seks, pastinya ada dikalangan blogger Malaysia. Satu persoalan Hackers, adakah entry Seks satu trend terbaru untuk mendapatkan traffik tinggi? Adakah entry berunsur nasihat, informasi atau tips tidak releven lagi? Anda renung - renungkan dan berfikir apa yang Hackers tanyakan ini. Ada jawapan, bolehlah beritahu..

5 comments

Unknown said...

sekali sekala layan entry sexs pon ok gak hehe

CikguShikin said...

Tentang seks?entahlah...

Tapi lumrah manusia sukakan yang pelik, yang buruk, tentang kemusnahan, tentang kerosakan.

Teringat kata2 Nostradamus yang meramal kemusnahan dunia. Bila ada yang bertanya kenapa meramal kemusnahan bukan peristiwa baik, jawabnya kerana lumrah manusia suka akan kemusnahan.

Ce tengok berapa banyak cerita bunuh, rogol, liwat, perang dalam paper berbanding peristiwa yang indah dan menarik.

Terowong Informasi said...

ye tak ye jugak ye...cerita bunuh dn rogol top di Malaysia

MalizaMah said...

betul. topik mcm tu ramai bebenor yg suka .. trafik naik melambung jer..
hmmmm......

Terowong Informasi said...

biasalah..entry menghairahkan..heheh