‘Kahwin Kali Ketiga’ – Pian Cecupak Buat Propaganda Sahaja!!!
Nampaknya, pengakuan Pian Cecupak yang dibuat kepada media konon’nya dia akan berkahwin buat kali ketiga dengan seorang gadis berusia 23 tahun iaitu Aida Hazira Ahmad Razman yang merupakan model sambilan hanya propa semata-mata apabila Aida Hazira tampil membuat kenyataan dengan menafikan kenyataan ‘Kahwin kali ketiga’ Pian Cecupak itu.
Menurut Aida Hazira, dia tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pian Cecupak yang konon’nya mereka bakal berkahwin itu. Aida Hazira turut menambah yang Pian Cecupak sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan bagi menarik perhatian umum.
Aida Hazira secara peribadi melahirkan rasa kesal dengan kenyataan sesuka hati yang dikeluarkan oleh Pian Cecupak itu dan dia juga menyatakan yang dia hanya menganggap Pian Cecupak sebagai kawan dan juga seperti abang. Bukannya sebagai kekasih apatah lagi bakal isteri.
-Zonartis-
P/S : Lah..tipu rupanya..Janganlah syok sendiri depan media ok...
1 comment
macam2 hal la
Post a Comment