“Kurang Senang Dengan Aksi Ranjang” – Mimi, One Nation Emcees - Terowong Informasi

Breaking News

“Kurang Senang Dengan Aksi Ranjang” – Mimi, One Nation Emcees

Mimifly One Nation Emcees dikatakan mengalami tekanan hidup akibat rakaman peribadinya yang tersebar luas di dalam dunia siber. Mimi hidup menderita selepas dia diaibkan oleh lelaki yang bertopengkan syaitan sehingga Mimi sanggup membunuh demi maruah dirinya.Dengan Klip video ini, ia membuatkan ia kurang disenangi.
Begitulah kisah hidup Mimi ataupun Maya, watak yang dibawakannya didalam filem baru terbitan Grand Brilliance iaitu KLIP 3GP yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Oktober 2011.Filem akan membawa aksi panas Mimifly di atas katil sambil dirakam menerusi camera 3GP ataupun senang nak dikatakan camera Handphone.



Menceritakan sedikit tentang filem KLIP 3GP yang mengisahkan tentang hidup Mimi sebagai seorang eksekutif yang berjaya, namun dia termakan hasutan seorang lelaki yang bernama Sunny, seorang gigolo yang membuat duit melalui ugutan untuk menyebarkan rakaman tersebut ke dalam internet. Di sinilah perubahan yang akan penonton nampak apabila Mimi bertukar menjadi ‘Psiko’ dan mula membunuh semua orang yang bersalah kepadanya demi memuaskan hatinya yang sudah bertukar menjadi batu.Nampak macam hebat filem ini.Nantikan kemunculan pada 13hb Oktober 2011 nanti di pawagam berhampiran anda.Jom layan sebentar lagu tema filem Klip 3GP ini..

2 comments

Unknown said...

bro dh tgk crita nie ?

Terowong Informasi said...

blom lagi la..nape..nak belanja ker?heheh