Manusia Tidak Pernah Puas - Terowong Informasi

Breaking News

Manusia Tidak Pernah Puas

Cerita mengenai Bajet 2012 sudah pon mula reda tetapi ada nada sesetengah orang masih tidak berpuas hati dengan bajet tersebut. Biasalah, semuanya politik belaka. Ada sahaja yang tidak kena. Hackers tidak menyebelahi mana - mana pihak tetapi ini adalah anggapan Hackers sendiri. Pada pandangan Hackers, manusia sebenarnya sentiasa tidak bersyukur apa yang didapati. Sebagai contohnya pada bajet 2012 ini, ada yang ungkit mengenai harga minyak dan harga barangan naik sekarang ini.
Apa yang Hackers faham adalah mengenai barang naik kerana bilangan manusia di dunia ini sudah semakin ramai dan tidak dapat menampung kos makanan di dunia ini.Jika manusia ramai tetapi bekalan makanan tak mencukupi, harga akan menjadi mahal dan tidak menentu. Itu punca mengapa harga makanan sekarang mahal, cuma kita tidak nampak sahaja. Kena fikirkan logik sebenarnya dalam hal ini. Perkara ini Hackers selalu lihat pada forum di Malaysia ini.
Sebagai contohnya jika kerajaan bagi setiap rakyat RM1juta, pastinya ada yang tidak puas hati kerana manusia mempunyai sifat yang tamak. Ada yang tak bersyukur apa yang kita nikmati sekarang berbanding dengan negara lain.
Lihat sahaja di negara Somalia, mereka mengalami krisis makanan yang amat teruk sampaikan kerajaan mereka tak mampu menanggung kos makanan mereka. Dengan bantuan sahaja harapan mereka untuk hidup. Kita mahu seperti ini ke? Cuba fikirkan apa yang Hackers katakan ini. Ia hanya pendapat Hackers sahaja. Yang penting, bersyukur apa yang kita dapat sekarang..

7 comments

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

yup,yg pnting bersyukur :)

Terowong Informasi said...

itu yang penting..selagi boleh menyara ahli keluarga kita, bersyukurlah

Unknown said...

apa yg penting skrng nie kerajaan perlu merangka strategik pertanian yg lebih cekap lagi untuk mengelakkan brngn keperluan mknn mencukupi..

Mr feckry said...

rezeki tu Allah beri..kalau kerajaan silap, iter doa Allah betulkan, dan minta di ganti pada kerajaan yang betul.

Unknown said...

Bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya. Alhamdulillah..

Korang Tau Tak?? said...

kredit kepada tajuk 'manusia xpernah bersyukur'...tapi isu yg tersirat disini bukan bersyukur tapi BEBANAN EKONOMI KELUARGA xsejajar dengan KEPERLUAN SEMASA cam KOS SARA HIDUP yg deperuntukkan kerajaan...jika kerajaan mampu memberi pelbagai kemudahan yang seiring dengan taraf kehidupan sekarang seperti harga barang naik,minyak naik,tol,anak sekolah n cukai segala pelusuk benda,org kaya bertambah kaya n miskin lg papa kedana n mcm2 lg ini adalah diharapkan...itu jer...

Terowong Informasi said...

semua ada pendapat masing - masing, hackers cuba memberi pendapat sahaja..