Penduduk Apartment Tiada Sikap Kemasyarakatan? - Terowong Informasi

Breaking News

Penduduk Apartment Tiada Sikap Kemasyarakatan?

Salam 1 Malaysia.
Seharian Hackers tak update blog hari ini kerana kesibukkan melanda diri. Hari isnin seperti biasalah penuh dengan tugas yang perlu dilakukan. Penat tu memanglah penat kerana setengah hari di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiapkan kerja yang diberi. Sampai ofis, Hackers dikejutkan satu panggilan yang mengatakan rumah sewa Hackers hampir dipecah masuk. Manga yang dikunci telah lesap dan sisa dalam manga bertaburan dilantai manakala pagar nampak kesan umpilan. Siang hari pun ada yang nak merompak. Pelik betul zaman sekarang ini kan. Mujurlah pencuri itu tidak sempat masuk. Mungkin ada orang sedar atas tindakkan dia agaknya.
Apa yang Hackers fikirkan adalah kenapa penduduk apartment tiada sikap kemasyarakatan. Bukan satu tempat yang Hackers pernah lalui tetapi banyak kali. Ia berlainan dengan penduduk flet dan taman perumahan. Mereka saling tegur menegur.Jika duduk di apartment, sikap 'Kau-kau aku-aku' mungkin digunapakai rasanya. Entahlah, rasa pelik memang ada. Hackers harap, janganlah kejadian ini berlaku pada diri Hackers lagi.

1 comment

Unknown said...

jiran sepakat membawa berkat!!