Pesta Bakar Batu - Terowong Informasi

Breaking News

Pesta Bakar Batu

PAPUA - Masyarakat pedalaman Papua mempunyai tradisi pelik untuk menyampaikan ucapan syukur kepada Maha Pencipta. Tradisi mereka ini dipanggil pesta bakar batu iaitu satu upacara membakar timbunan batu di atas daun pisang dengan kaum lelaki mengenakan pakaian tradisi mereka iaitu koteka, dan noken dan tas moge untuk kaum wanita.

Pesta ini berasal dari suku pergunungan kawasan Papua. Apa yang pelik dan uniknya dengan tradisi ini ialah ketika proses memasak makanan, ia haruslah dimasak dengan batu panas terlebih dahulu. Terdapat tiga peringkat memasak dengan batu ini iaitu persiapan, membakar **** dan makan bersama.

Peringkat persiapan dilakukan dengan setiap suku perlu menyerahkan **** sebagai persembahan. Bagi peserta pesta yang lain, mereka harus berkumpul mengelilingi tempat upacara sambil menari-nari.

Dalam proses membunuh **** tersebut setiap kepala suku akan memanah **** secara bergilir. Jika panahan pertama bagi mana-mana kepala suku tersebut membunuh **** berkenaan, ia menandakan upacara tersebut berjaya dilakukan tetapi jika tidak, mereka menganggap terdapat perkara yang belum diselesaikan dalam upacara itu.

Bagi kaum ibu pula, mereka akan menyiapkan tempat pembakaran ****. Untuk menyediakan tempat pembakaran, satu lubang setinggi 40 cm perlu ditebuk. Kemudiannya, bahagian dasar lubang itu perlu dilapisi dengan rumput-rumpai dan daun pisang. Sementara tempat pembakaran ini disediakan, timbunan batu yang dikumpulkan di bahagian lain akan dibakar dengan kayu sehingga panas.

Timbunan batu yang sudah dipanaskan akan disusun di atas daun pisang menggunakan penyepit kayu yang dipanggil apando. Di atas batu-batu itu, daging **** yang sudah dipotong menjadi irisan akan dimasak diatasnya bersama dengan sayur dan ubi kentang. Seterusnya, bahan-bahan masakan tersebut akan diapit dengan batu panas lain di atasnya sebelum di bungkus dengan daun pisang. Tanah akan ditabur di atas bungkusan itu dengan tujuan untuk mengelakkan pengewapan berlaku. Masa yang diperlukan untuk proses ini ialah kira-kira satu jam setengah.

Sehabis masa itu, bungkusan itu akan dibongkar di mana daging ****, ubi kentang dan sayuran akan diasingkan sebelum dihidangkan.

Terdapat tujuh suku dalam masyarakat pedalaman Papua ini iaitu suku Kamoro, Amungme, Dani, Ekari atau Mee, Damal, Nduga dan Moni. Setiap suku akan duduk secara berkelompok mulai dari kanak-kanak yang terkecil sehingga kepada orang tua. Peringkat ini dipanggil makan bersama dan merupakan kemuncak kepada pesta bakar batu. Semua makanan harus dimakan habis dan tidak boleh ada sisa yang ditinggalkan.

Selain tujuan utama pesta ini untuk mengucap syukur kepada Maha Pencipta, ia juga merupakan satu ungkapan rasa saling memaafkan di antara mereka.

Sebenarnya, pesta bakar batu yang pada awalnya hanyalah merupakan satu tradisi dalam keluarga, ianya telah dikembangkan menjadi tradisi utama masyarakat pedalaman Papua. 

1 comment

Fahmi Jaafar said...

bakar batu?
kalu bersyukur awat x bakar duit? dekut taik idong masin..haha :P