Teknologi Semakin Berubah - Terowong Informasi

Breaking News

Teknologi Semakin Berubah

Hari ini Hackers nak update blog mengenai cerita yang biasa - biasa sahaja. Pagi - pagi ini biasalah, tiada pembaca di blog ini lagi. Hari sabtu adalah masa untuk berehat di rumah. Jika ada yang berkerja setengah hari pada hari sabtu, sudah semestinya mood akan sentiasa ada dirumah sebenarnya.
Baiklah, Hackers nak bercerita mengenai teknologi zaman sekarang ini.
Teknologi sekarang semakin pantas dan makin berkembang. Jika kita lambat mengetahui, kita adalah golongan orang bukan up-to-date. Percayalah, 2 tahun lagi, laptop akan menjadi barang ketinggalan zaman.Sekarang, berlambak gadget seperti iPhone, Ipad, Samsung Galaxy Tab dan sebagainya di pasaran Malaysia. Pelbagai versi sudah dikeluarkan untuk memenuhi keperluan sekarang ini.
Sebagainya contohnya penggunaan smartphone, ia bukan sekadar untuk telefon atau sms sahaja, ada cara lain. Kalau setakat nak sms sahaja tetapi pakai handphone canggih, baik pakai handphone nokia 3310 sahaja. Handphone canggih seperti Blackberry, iPhone atau HTC dan seangkatannya, ia ada kelebihan selain mahu ber'sms sahaja malah anda boleh melayari internet, ber'facebook, ber'twitter dan sebagainya. Itu kebolehannya.

Itu pada smartphone, jika iPad atau telefon pintar, ada boleh membaca buku dengan hanya mendownload aplikasi yang anda mahukan itu. Silap - silap 3 tahun lagi, kedai buku tidak mendapat sambutan lagi kerana kita hanya boleh beli buku secara online atau membaca online di e-penerbitan buku tersebut. Inilah zaman yang penuh teknologi. Ia akan bersilih ganti dengan produk baru setiap tahun. Laptop akan menjadi barang ketinggalan zaman dan berkubur begitu sahaja....

No comments