(Informasi) Kapal Haji - Satu Perjalanan Nostalgia ke Makkah - Terowong Informasi

Breaking News

(Informasi) Kapal Haji - Satu Perjalanan Nostalgia ke Makkah

Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, segmen Hackers iaitu 30 Blog Terpantas mula disertai oleh blogger lain yang sebelum ini tiada siapa yang join. Terima kasih Hackers ucapkan. Malam ini, Hackers nak memberi informasi kepada semua pembaca mengenai Kapal Haji - Satu Perjalanan Nostalgia Ke Makkah. Walaupun musim Haji baru sahaja selesai, masih yang tidak tahu bagaimana orang zaman dahulu mahu menunaikan haji di Makkah ini. Zaman dahulu, kita ke sana perlu menaiki kapal laut dan akan sampai mungkin sebulan barulah tiba ke destinasi. Itu pun bergantung ada keadaan cuaca dilaut. Tapi berbeza zaman sekarang ini, hanya perlu naik kapal terbang dan masa yang singkat sahaja untuk sampai ke sana. Nak tahu apa nama kapal yang orang zaman nenek moyang kita naik untuk ke Makkah? Teruskan membaca ok.

Terdapat 2 biji kapal haji yang masyhur iaitu "Malaysia Kita" dan "Malaysia Raya". 

Kapal "Malaysia Kita"

Nama asal kapal "Malaysia Kita" ialah "Vietnam" dan ia dilancarkan pda 14 Oktober 1951 bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada bulan September 1967 nama "Vietnam" ditukar kepada "Pacific" dan menjalankan perkhidmatan Australia -- Tahiti. Pada tahun 1967 kapal ini dibeli oleh syarikat Great Malaysian Lines dan namanya ditukar kepada "Malaysia Kita" dan digunakan untuk mengangkut jemaah haji dari Malaysia ke Jeddah. Nasib malang menimpa kapal ini di mana ia mengalami kebakaran pada tahun 12 Mei 1974 ketika sedang berlabuh di Teluk Katong, Singapura dan akhirnya tenggelam.

Kapal "Malaysia Raya"
Nama asal kapal "Malaysia Raya" ialah "Laos" dan ia mula dilancarkan pada 21 Disember 1952. Sebagaimana "Vietnam", Laos ialah milik Messageries Maritimes bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada tahun 1971 "Laos" dibeli oleh syarikat Great Malaysia Line untuk dijadikan "kapal haji" dan ditukar namanya kepada "Malaysia Raya". Kapal ini juga mengalami nasib yang sama dengan "Malaysia Kita" iaitu mengalami kebakaran pada 23 Ogos 1976 di Pelabuhan Kelang dan tenggelam.
Dan kemudian itulah, sistem penerbangan diperkenalkan oleh kita semua dan sistem pengangkutan laut terus dilupakan.....
Diharap sedikit informasi ini bermanfaat kepada anda semua...

4 comments

thisisaina said...

nnek saya naik kapal malaysia raya . ada yang beranak atas kapal , meninggal atas kapal . time berombak besar nak tidur atas katil pun terhuyug hayang . mual rasa.

TenagaSurya said...

asSalaamu'alaykum,

..... bagaimana orang zaman dahulu mahu menunaikan haji di Makkah ini.
Zaman dahulu, kita ke sana perlu menaiki kapal laut dan akan sampai mungkin sebulan barulah tiba ke destinasi. Itu pun bergantung ada keadaan cuaca dilaut.
Tapi berbeza zaman sekarang ini, hanya perlu naik kapal terbang dan masa yang singkat sahaja untuk sampai ke sana. .....

Syukron atas tulisan yang bermanfa'at namun sulit didapat masa kini.
Dengan kapal laut, pelayaran ditempuh cukup dalam 2 pekan saja. Seperti KM Koan Maru berangkat dari Tanjung Priok pada 8 Februari, maka pada 21 Februari 1965 kapal sudah tiba di Jeddah.

sharifudin said...

Dari mana kamu dapat info ini...saya adalah bekas navigating cadet diatas kapal malaysia raya,relief 4th officer atas kapal ratu timur (Eastern Queen).

Terowong Informasi said...

dapat dari forum..