Majlis Perkahwinan Bintang Asia, Coco Lee Mencecah RM61 Juta? - Terowong Informasi

Breaking News

Majlis Perkahwinan Bintang Asia, Coco Lee Mencecah RM61 Juta?

RM61 juta! Bukan jumlah yang amat sedikit bagi kita. Itu adalah kos keseluruhan perkahwinan yang melibatkan bintang Asia, Coco Lee & Bruce Rockowitz, seorang jutawan yang berasal daripada Kanada. Perkahwinan yang berlangsung selama 2 hari di Hong Kong ini menelan belanja yang teramat besar atas sebab-sebab tertentu.
Sekurang-kurangnya RM30 juta telah dibelanja untuk penginapan bertaraf 6 bintang serta tiket penerbangan bagi 1100 jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.
RM9.2 juta dibelanjakan untuk kos jet peribadi bagi menerbangkan selebriti bertaraf dunia seperti Oprah Winfrey, Mariah Carey dan Jennifer Lopez.
Manakala, kos cincin perkahwinan sahaja sudah menelan belanja sekitar RM9 juta. Dan pelbagai kos sampingan seperti persiapan perkahwinan, gaun perkahwinan Vera Wang, barangan kemas dan kos perunding perkahwinan yang tidak dinyatakan kepada umum.
Rockowitz dikatakan mengambil masa selama 3 tahun untuk menempah keseluruhan Pulau Dimakya, Filipina sempena bulan madu. Rockowitz, 53 pernah diundi sebagai Top 50 CEO dalam sebuah majalah terbitan negara Amerika.
Dia berhijrah ke Hong Kong ketika usia 19 tahun, menjadi jurulatih tenis dan kemudian menceburi bidang perniagaan. Kini, Rockowitz merupakan CEO bagi kumpulan syarikat Li & Fung, juga memiliki perniagaan lain.

Sumber : Ohbulan

P/S : Mak datuk, mahal gila tetapi kalau cerai jugak entahlah..

3 comments

Anum said...

duit dh berlebihan

lalang said...

hoho, banyak duitnye depa ni semua, takpe biarkan dulu

❤Mrs. Myra❤ said...

pergh~
nie org kate, duit terlebih nie...huhu~