Taksub Dengan Tarikh 11/11/11 Adalah Orang Gila!!! - Terowong Informasi

Breaking News

Taksub Dengan Tarikh 11/11/11 Adalah Orang Gila!!!

Salam 1 Malaysia.
Tadi semasa Hackers menunaikan solat jumaat di salah satu masjid di Seri Kembangan, Selangor mata ini terbeliak seketika semasa khatib memberi khutbah jumaat. Selalunya jemaah akan rasa mengantuk bila khatib menyampaikan khutbah tetapi hari ini dalam sejarah, semuanya mata segar belaka kerana khatib mengeluarkan isu yang amat pedas iaitu Taksub dengan tarikh 11/11/11 ini.
Ada betulnya juga kata khatib tersebut bila Hackers dengar. Jika kita terlalu taksub atau percaya dengan sesuatu tarikh tersebut,contohnya ia dikatakan tarikh keramat, ia adalah syirik dan khurafat sebenarnya. Sama seperti menyekutukan Allah S.W.T. Dalam khutbah tersebut, Khatib terbabit terlalu marah dengan sikap orang kita yang taksub dengan angka ini. Beliau ada menceritakan bahawa ada pengantin yang mahu menikah pagi tadi dan pengantin terbabit mahukan nikah dilangsungkan pada hari ini iaitu 11/11/11 jam 11:11:11 am.
Masyaallah, sampai macam itu sekali nak lakukan majlis akad nikah tersebut. Pulak itu, hantaran juga sama seperti tarikh tersebut iaitu RM11,111.11.Khatib terbabit menggelarkan satu kerja GILA sama seperti Orang Gila. Tegaskan khatib tersebut. Kita boleh gunakan tarikh ini sebagai kenang kenagan tetapi bukan percayakan ada "ong" atau "tuah". Jika ada sekalipun, ia adalah kebetulan sahaja...Jadi, ringkasan pada entry ini adalah, janganlah taksub dengan kepercayaan dengan tarikh ini. Jika anda terbuat atau terkata, bertaubatlah dan berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosa kita ini...

6 comments

Izwa Kamaruddin said...

MMG GILA OKEY..

Anum said...

betul2 gila

Unknown said...

ia cuma tarikh..

Terowong Informasi said...

tarikh suatu yang biasa sebenarnya...

cik atie said...

fuhhh melampau....
tarikh tu hanye nombor kot.. hehe.. memang tarikh hari ni cantik... tapi jgn la taksub sgt kn.. :)

Terowong Informasi said...

ya betul..xelok taksub sangat