Kenapa Lelaki Mengelak Ke Sini? - Terowong Informasi

Breaking News

Kenapa Lelaki Mengelak Ke Sini?

Kalau kita bawa bersiar-siar bersama pasangan anda di pusat membeli belah, pastinya ia menambah ikatan kasih sayang antara satu sama lain. Masa diluangkan bersama mestilah indah belaka. Pergi ke kedai menjual pakaian sama ada lelaki atau wanita. Kalau lelaki, pastinya ke kedai peralatan sukan seperti Al-Ikhsan atau sebagainya. Manakala wanita pula pergi ke kedai yang menjual pakaian wanita.
Lagi-lagi kalau ada sale, pastinya membuat mata wanita dan lelaki terbeliak melihat pakaian tersebut. Tapi satu sahaja lelaki tak suka ikut pasangan mereka ini ke tempat ini iaitu tempat menjual pakaian dalam wanita.
Cuba lihat muka pasangan anda tersebut, pasti muka merah padam dan tersengeh-sengeh sahaja. Kenapa lelaki bersikap sebegini? Sebabnya mereka pastinya malu berdepan persekitaran yang di depan mereka ini. Maklumlah, kat situ cuma wanita sahaja. kaum lelaki manalah ada.
Jika ada, mesti nak teman isteri mereka tapi yang belum berkahwin itu bagaimana pula? Soalan fail jika pasangan anda bertanyakan anda, "cantik tak bra yang ini? Colour apa ye yang cantik?" Nak kata cantik atau tidak, pastinya jawab terpinga-pinga nanti. Itulah lelaki, kaum wanita kena faham dengan situasi sebegini. Jika pasangan anda tidak mahu ke tempat itu, jangan paksa, malu dia nanti....

3 comments

::CIK LYNN:: said...

hahaha...btol!!

Terowong Informasi said...

btl kan kan kan...

Unknown said...

aku klu mai area ni mesti dok ushar poster 2 tu hehe