SBPA Polisi Terbaik Jamin Perkhidmatan Awam Berkualiti - Penjawat Awam
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Meskipun dasar pemisah (exit policy) yang diperkenalkan di bawah sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menimbulkan kebimbangan segelintir penjawat awam tetapi beberapa orang yang ditinjau pendapat mereka melihatnya sebagai satu dasar terbaik dalam memastikan perkhidmatan awam yang berkualiti.
Seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 50, berkata meskipun seseorang penjawat awam boleh dibersarakan awal sekiranya memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah, iaitu kurang daripada 70 peratus, tetapi ia sebenarnya menjadi pendorong bagi seseorang penjawat awam untuk menunjukkan prestasi yang terbaik.
"Tetapi sekiranya penjawat awam itu menunjukkan prestasi serta berusaha untuk memajukan diri dari semasa ke semasa, mungkin mustahil untuk mereka mendapat markah yang rendah, hal ini juga membantu mereka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya kepada Bernama di sini.
Mariatul Zaihan, yang juga seorang penjawat awam, berkata sekiranya perkara ini dilihat dengan fikiran lebih terbuka, pihak swasta turut mengamalkan dasar yang sama di mana pekerja yang tidak menunjukkan prestasi terbaik akan ditamatkan perkhidmatan.
"Apabila perkara ini dipraktikkan dalam sektor awam, menyebabkan penjawat awam yang sudah berada di zon selesa mula bimbang dengan kedudukan mereka yang mungkin akan tergugat," katanya.
Pendapat Mariatul Zaihan turut dikongsi Pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Nordila Yasir, 29, bahawa LNPT dapat memastikan pekerja dalam sektor awam itu benar-benar menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka secara lebih komited.
"Sekiranya prestasi kerja seseorang penjawat awam kurang memuaskan dan dia terus disimpan, mungkin akan menjejaskan kredibiliti sektor awam itu sendiri," katanya.
Beliau berkata isu berat sebelah mungkin tidak akan timbul kerana penilaian dibuat secara 360 darjah meliputi rakan sekerja, orang atas atau orang bawahan.
Seorang pegawai tentera yang hanya mahu dikenali sebagai Kapten Kamal, 29, berkata pelaksanaan SBPA terutamanya daripada segi kenaikan gaji sememangnya membantu penjawat awam terutamanya dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Kenaikan gaji penjawat awam yang lebih tinggi berbanding sebelum ini dapat mengurangkan bebanan tanggungan sara hidup dan hal ini dapat memberi ruang kepada penjawat awam untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam karier, " katanya.
Sementara itu bagi seorang lagi penjawat awam, Siti Hanom Hamdan, 29, SBPA merupakan skim yang sangat baik kerana ia antara lain menawarkan peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat.
Siti Hanom berkata ia skim yang fleksibel untuk perkembangan kerjaya atau kemajuan diri seseorang pekerja berbanding skim sekarang.
"Dengan skim baru ini, penjawat awam bakal menikmati kemudahan cuti belajar bergaji penuh jadi tiada lagi masalah kewangan jika sambung belajar terutama bagi yang telah berkeluarga," katanya.
Mohd Yasin Tukiman, 44, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Klang pula berkata pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) memang tepat pada masanya terutama dalam membantu kakitangan awam yang telah berusia.
"Sebelum ini bila PTK kami terpaksa buat ulang kaji, membaca... ini sesuatu yang sukarlah terutama bagi yang sudah tua.
"Bila ada cara penilaian selain PTK ini memang baguslah sebab ketua yang akan nilai... mereka ini lebih dekat dengan pekerja," katanya.
PROSPEK mengandungi dua komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi serta Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi.
Sementara itu Pengarah Program Radio, Radio Televisyen Malaysia Mohamad Mat Hussin, 54, pula berkata skim baru itu adalah yang terbaik dan menguntungkan semua pihak.
Beliau yang juga seorang pegawai gred Jusa berkata adalah sesuatu yang merugikan jika penjawat awam enggan menerima skim tersebut kerana ia menawarkan banyak kebaikan terutama daripada segi kenaikan pangkat dan gaji.
"Rugi kalau tak sign, menyesal sampai mati terutama kepada yang masih muda mereka akan ada banyak peluang untuk terus maju," katanya.
P/S : Ini sebenarnya skim bodek..Tak pandai bodek, bye2 jawabnya..Yang bergaji besar makin besar dan yang bergaji kecil makin kecil..

No comments
Post a Comment