Siapa Kata Orang Malaysia Tidak Kreatif - Terowong Informasi

Breaking News

Siapa Kata Orang Malaysia Tidak Kreatif

Orang Malaysia ini sebenarnya kreatif tau. Setanding dengan negara Jepun dan eropah tau sebenarnya. Lihat sahaja gambar di atas itu, kereta kancil dapat diubah menjadi seperti kereta dua pintu. Hackers pernah terjumpa kereta ini di tempat tinggal lama Hackers di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Kereta tersebut dijadikan sebagai kereta pengangkut gas memasak.
Ia nampak pelik tetapi satu kreatif. Lihat sahaja di luar sana, kereta proton mampu di ubah menjadi sebuat kereta Mitsubishi Evo dan Lancer juga.
Bukan setakat kereta sahaja, motosikal yang berkuasa hanya 70cc mampu dijadikan kuasanya bertambah dan setanding motosikal 125cc.
Hebatkan orang Malaysia ini. Sebenarnya, semua orang kreatif tetapi tidak ditonjolkan sahaja. Bakat yang ada dipendam begitu sahaja. Cuba kita ketengahkan bakat mereka ini, pasti ia menjadi menarik dan berinovasi..Mana tahu ada anak Malaysia jadi jurutera di Lotus atau Ferrari satu hari nanti...