Asyik Menonton Televisyen Dicemari Insiden Berdarah - Terowong Informasi

Breaking News

Asyik Menonton Televisyen Dicemari Insiden Berdarah


KUALA LUMPUR - Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum 'drama' itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam jam kemudian.
Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki tersebut hendak mencuri.
Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10.
Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik manakala bapanya kekal di ruang tamu.

P/S : Bahaya sekarang ni kan..so jga diri bebaik ok...

2 comments

Unknown said...

betul tu hackers....
bahaya ada dimana2.....
walaupun tgh berkumpul ramai sekali pun.....
zaman skrg kena byk berhati2....
kecian kat budak tu... sure trauma sampai dewasa...

Terowong Informasi said...

bayangkan kita dalam rumah pun masih tak selamat..apatah lagi diluar kan?