Peluk Mayat Teman Wanita Terjatuh Dari Bangunan
GEORGETOWN – Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, kira-kira jam 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.
“Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Katanya, polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata, mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA
P/S : Mesti sayang sangat kat kekasih dia kan...

4 comments
Sayang sangat sampai taknak lepaskan walaupun awek dia dah tak bernyawa lagi
itu tandanya cinta sejati..jangan lepas ni lelaki tu bunuh diri sudah
susahnyer dia nk redha..
tp pelik. pe wat kt situ pagi2..
kenapa gf dia bleh meninggal jatuh bangunan? dia tolak ke?
Post a Comment