(Resepi) Ikan Masak Asam Ala Hackers - Terowong Informasi

Breaking News

(Resepi) Ikan Masak Asam Ala Hackers

Hari ini, Hackers boleh rajin pula update blog yang hampir berabok ini. Maklumlah masa terluang.
Entry kali ini adalah mengenai resepi masakkan. Haa..belum pernah lagi Hackers memberi resepi kat blog ini.
Resepi yang Hackers bawakan ini adalah resepi ringkas sahaja. Ia salah satu lauk yang Hackers gemar. Bila makan lauk ini, pasti teringat kenangan bersama arwah abah dahulu.Ermm...
Oklah, kita teruskan resepi Ikan Masak Asam Ala Hackers. Hackers syorkan kepada yang masih bujang, boleh try masakkan yang ringkas ini. Yang dah kahwin pon boleh mencubanya.Belum cuba belum tahu..
Ikan Masak Asam Ala Hackers
Bahan-bahan (2orang) :

  • 3 ekor ikan termenung (ikan ikut suka)(Bersihkan dan lumur serbuk kunyit dan goreng)
  • *1 biji bawang besar hiris bulat 
  • *2 ulas bawang putih dihiris 
  • *3 biji cili padi belah 2 
  • *1 cili merah dihiris 
  • 1 cwn air asam jawa 
  • *1/2 inci halia
Cara-cara Penyediaan :
  • Gunakan 2@3 sb minyak dari goreng ikan tadi utk menumis bahan bertanda * hingga naik bau n bwg layu sikit 
  • Masukkan air asam jawa.kacau rata n tunggu mendidih.biar sehingga pekat.
  • Masukkan garam.ajinomoto(jika guna).Kemudian bolehlah masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  • Sedia untuk dihidang.Sedap dimakan dengan nasi panas 
 Ringkas dan mudah resepi ini. Ia sedap dimakan dengan nasi panas. Yang Hackers tahu, resepi ini selalu disediakan semasa berpantang makan(sakit)..Semoga mencuba resepi Hackers ini yer...

No comments