Nur Eilunie Natasha Nazri ‘beauty with brain’
KOTA BHARU: Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, gadis yang tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, baru-baru ini, disifatkan mempunyai pakej lengkap ‘beauty with brain’ (jelitawan bijak).
Pada usia muda, dia bijak merangka masa depan dengan memiliki dua butik pengantin, mempunyai kemahiran dalam bidang solekan dan aktif menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan di Internet.
Nur Eilunie atau mesra dengan panggilan Leuniey berkata, ketika rakan seusia melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan menikmati zaman muda dengan keluar bersama rakan, dia menumpukan hampir semua masanya dengan menguruskan perniagaan.“Saya juga mengambil kursus solekan di Jakarta, Indonesia sebagai pelengkap kepada perniagaan diuruskan. Selain itu, ibu dan ayah membantu memberi tunjuk ajar bagaimana menguruskan perniagaan butik pengantin,” katanya ketika ditemui di butiknya bersama ibunya, Noor Laila Abu Bakar, 43, di sini, semalam
P/S : Hackers peliklah, sejak Apek putus tunang dengan blogger Jejariruncing, pelbagai gosip mula timbul yang menimpa Apek. Siapa dalang disebalik pembikinan gosip ini?
1 comment
untunglah mak bapak ada perniagaan.. klu mmg br nk start dari bawah, belum tentu dah stabil..
pe2 pun, kenalah dier tau bawa diri. tue je..
Post a Comment