Fabrice Muamba Mati Selama 78 minit - Terowong Informasi

Breaking News

Fabrice Muamba Mati Selama 78 minit

LONDON – Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.
Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.
Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu lalu kerana diserang sakit jantung.
Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.
Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.

Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.
Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.
Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.
“Mereka berusaha tanpa jantungnya berdegup. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.
“Dia telah mati ketika itu,” tambah Tobin.

4 comments

Anum said...

nyawa boleh hilang dalam sekelip mata

Izwa Kamaruddin said...

Semoga beliau terus sembuh sepenuh nyer..

ieza ashaari said...

semoga mati sementara tue buat dier kenal sapa Maha Pencipta..

Alex Irfani said...

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follownya.. :D