Tiga Penari Tiang Didenda RM25 Sahaja?
SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
P/S : Apa kejadahnya denda macam tu. Baik tak payah tangkap. Hackers percaya, mereka akan lakukan lagi. Setakat RM25, bukan mahal pon.
6 comments
kalau mcm nie comfirm dia buat lagi
tu je ke nilai agama pada hakim yang jatuhkan hukum?
memang konpem akan buat lagi ni...denda RM25 je sekali show mau dpt RM2500..ape sgt...
ape lah nak jadi dgn bdk² skang ni...
patut la senyum..lepas ni p la panjat pokok kelapa lak
ajerr..? komfem pasni buat lagi...hrmmmmm maybe semurah itu kot harga diri meka...
harga diri semurah RM25..mustahil mereka nak bertaubat
Post a Comment