New Zealand Rancang Naik Harga Rokok Kepada RM250 Sekotak - Terowong Informasi

Breaking News

New Zealand Rancang Naik Harga Rokok Kepada RM250 Sekotak


AUCKLAND: Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok.
Satu dokumen sulit mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu.

Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai. Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya.
Ramalan itu terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News di bawah Akta Maklumat Rasmi. Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu berkenaan.

Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: “Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok.

“Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian.” - DM

P/S : Kalau kat Malaysia buat, confirm ramai yang marahkan kerajaan. Betul x?

4 comments

Anum said...

apa lagi perokok semua
berhenti la

Unknown said...

hehehe.....nanti orang hisap ganja sebab ganja lagi murah ,.....camne?

pena rozie said...

Agak-agak kat M'sia blh buat x???

Terowong Informasi said...

Malaysia nak buat?Pastinya TIDAK...