Gaji Nazmi agak lumayan - Terowong Informasi

Breaking News

Gaji Nazmi agak lumayan

Mesti kita tertanya-tanya berapakah jumlah gaji pemain muda negara iaitu Mohd Nazmi Faiz Mansor yang telah menyertai liga utama Portugal, SC Beira-Mar tidak lama lagi. Sebelum ini penyerang Malaysia iaitu Safee Sali mendedahkan jumlah gaji beliau ketika menyertai Pelita Jaya dahulu. Beliau sudah digelar jutawan bola sepak Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, gaji pemain bola sepak di eropah dibayar dengan kadar mingguan bukan bulanan. Jika mingguan sudah mencecah 30k, pastinya sudah menjadi jutawan muda bagi Mohd Nazmi Faiz Mansor ini. Itu andaian sahaja, jika nazmi mahu mendedahkannya. Apa yang penting, beliau perlu gunakan pengalaman beliau secukupnya di sana dan memberi aura pemain bola sepak muda di Malaysia jika mahu ingin menjadi sepertinya.

1 comment

misshannajr said...

hebat! kecik2 cili padi sungguh budak ni hehe