Menangi 1st GiveAway Dari Cik Misi Nadia - Terowong Informasi

Breaking News

Menangi 1st GiveAway Dari Cik Misi Nadia


Alhamdulillah, rezeki Hackers pada bulan ini ada rupanya. Pada asalnya, Hackers tidak perasan Blogger Cik Misi Nadia ada inform kepada Hackers telah memenangi 1st Giveaway dari beliau. Hackers ada sertai Giveaway beliau baru-baru ini dan tak sangka boleh memenanginya. Rezeki, kita tidak boleh katakan? Shout Box Hackers mempunyai masalah, cuba lihat gambar di bawah :


Sebab itulah Cik Misi Nadia bagitahu di shoutbox, Hackers tidak perasan. Korang tahu apa punca Shoutbox Busuk ini menjadi seperti ini? Bila sign in kat Busuk.org, boleh nampak pula mesej yang ditinggalkan oleh blogger lain. Itu yang pelik ni. Mengenai 1st Giveaway tersebut, Hackers nak ucapkan  terima kasih banyak-banyak kerana tuah Hackers mendapat hadiah Mini Al-Quran tersebut dan ia merupakan hadiah pertama sepanjang menjadi blogger. Ia cukup bermakna buat Hackers sekeluarga.

1 comment

Unknown said...

untung laa dia menang..jum share yuk!