Omelet Termahal Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Omelet Termahal Di Dunia

Anda tahu omelet? Pasti ada sesetengah orang tidak tahu apa itu omelet. Hackers pun sebenarnya baru tahu ketika menginap di Hotel Pullman, Kuching Sarawak dahulu. Nak tahu apakah omelet ini, teruskan membaca artikel ini. Restoran Norma's yang terletak di Le Parker Meridian Hotel, New York, Amerika Syarikat menggabungkan hidangan baru dimenunya. 


Namanya Zillion Dollar Lobster Frittata, iaitu omelet berharga $1,000 . Untuk pengetahuan anda semua, omelet ini selalunya dihidangkan pada waktu pagi sahaja. Ia adalah makanan sarapan pagi.



Omelet istimewa ini adalah diperbuat dari telur, heavy cream,hirisan kucai, Maine lobster dan mentega. Di atasnya ditaburi 283  gram caviar sevruga hitam dari ikan sturgeon Amerika. Anggaran harga caviar per auns sahaja dijual dengan harga $65. Sebab itulah omelet ini dijual dengan harga yang amat mahal. Jika anda, mahu tak makan makanan semahal ini? 

4 comments

Jujurara said...

mahalnye!

Terowong Informasi said...

mahallah..nak?

Anonymous said...

dia mahal sbb teloq ikan tu ja sebab teloq tu rare and susah nk dapat..

Izwa Kamaruddin said...

tercekik!