Perabot Pejabat Diperbuat Dari Kotak Di Belanda - Terowong Informasi

Breaking News

Perabot Pejabat Diperbuat Dari Kotak Di Belanda

Perabot Pejabat diperbuat dari kotak? Betul ke ada ini? Itulah kisah yang Hackers nak ceritakan ini. Seharian tidak update blog sebab ke Lowyat tadi, inilah masa Hackers update blog dan tidak kisah, 1 hari 1 entry sudah memadai. Berbalik kepada tajuk ini, terdapat satu pejabat di Belanda telah mengilhamkan satu inovasi iaitu membina perabot pejabat dari kotak. Nasib baik bukan bangunan yang diperbuat dari kotak. Jika bangunan diperbuat dari kotak, habis roboh jika terkena hujan. Betul tak?

Ok, cuba anda lihat gambar yang diberikan ini, segala perabot di dalam pejabat ini diperbuat dari kotak. Apa yang Hackers terfikir adalah, jika kita tertumpah sedikit air di perabot, tidak rosak ke? Pasti pejabat ini menggunakan undang-undang yang ketat kepada pekerjanya. Jika tidak, sia-sia sahaja buat benda kreatif ini walaupun ia adalah kitar semula.

No comments