Review Buku : Art Of Deception - Amerika, Freemason, Zionis
Dah lama sebenarnya Hackers mencari buku ini. Akhirnya, Hackers dapat membelinya di Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam. Hackers mengetahui buku ini dari rancangan MHI di TV3, baru-baru ini. Bila melihat buku ini, cetakkannya amat cantik dan seolah-olah mahu mengetahui isi dalamnya.
Buku ini menceritakan mengenai Amerika, Freemason dan Zionis menipu kita selama ini. Memang, kita ditipu bulat-bulat oleh media massa sebenarnya.
Dalam buku ini, ia ada juga menceritakan peristiwa 9/11 yang kononnya mendakwa pengganas yang yang mendalangi serangan ini sedangkan ia adalah perbuatan Amerika sendiri! Pengarang buku ini iaitu Jerry D. Gray adalah bekas perajurit tentera udara Amerika (USAF) dan telah memeluk agama islam dan kini aktif menjalankan aktiviti dakwah.
Cuba anda fikirkan, orang Amerika sendiri menyedari kerajaan mereka telah cuba menhancurkan negara sendiri kerana kepentingan peribadi dan kepentingan Yahudi. Hackers belum habis membaca buku ini lagi dan banyak benda yang akan terungkai bila membaca buku ini. Harga buku ini berharga RM20.00 di semenanjung manakala di Sabah/Sarawak dijual dengan harga RM22.00. Anda boleh dapatkan di mana-mana kedai buku yang berhampiran dengan anda.
2 comments
INTERESTING dan MENARIKK :)
buku ini memang best..banyak misteri dan perkara yang kita tidak tahu sebenarnya
Post a Comment