Mari kita duduk sebentar mengelilingi unggun api. Kita perhatikan api yang awal tadi hanyalah sekelumit cuma. Api dihidupkan dengan perbuatan mengguris. Batu yang digosok-gosok bersama kemudian melahirkan percikan api. Dari percik itu ia mengenai gumpalan cebis kayu. Lantas, kayu pun terbakar.
Itulah ego manusia, secara andaiannya. Setiap manusia mempunyai ego. Hackers ego? Ya, memang Hackers ada sifat ego. Jika manusia tiada sifat ego, mereka tidak layak hidup di dunia ini. Ego adalah satu nafsu yang menyelubungi setiap manusia, tidak kira lelaki atau perempuan. Sifat ego adalah sifat ingin mendapat perhatian di khalayak ramai. Ego tidak mengenal siapa mereka, orang kaya, orang miskin, orang pandai atau orang bodoh dan sebagainya. Ego mempunyai pelbagai jenis. Antaranya adalah suka memaki hamun, mengherdik, mengumpat orang dan sebagainya, itu merupakan serendah-rendah ego pada manusia.
Ego juga mempunyai sifat berkobar-kobar dalam dirinya, menginginkan khalayak bersetuju dengan pendapat dan apa yang difikirkannya. Itulah tanda seseorang mempunyai ego. Kadang-kadang, anda akan perasan orang bersikap ego ini tidak mahu mendengar pendapat dari orang lain kerana menganggap dirinya sudah betul dan tidak perlu diperbetulkan lagi. Walaupun dia mendengar apa yang di nasihat, tetapi hakikatnya masuk telinga kanan keluar di telinga kiri. Ia adalah realiti!!!
Apabila kita melihat manusia sedang ego, atau dalam keadaan terpukau dengan rasa egonya, hendaklah kita 'mencurahkan' kasih sayang kita kepadanya. Jadilah seorang pendengar yang baik. Angguk sekiranya perlu. janji anda layan sahaja perangai beliau itu. Dengar boleh, percaya dan ikut itu jangan...
Ego Seorang Manusia
Reviewed by Terowong Informasi
on
June 22, 2012
Rating: 5
3 comments
ego perlu ada.. jika keterlaluan membahayakan.
jgn terlampau sudah la ..nanti semua org meluat
betul tu..kalau asyik nak betul aje..orang boleh jadi meluat..kadang2 kita nak bantu dia tapi perasaan pk betul aje..tu naik menyampah..
Post a Comment