Lelaki Kuat Merajuk? - Terowong Informasi

Breaking News

Lelaki Kuat Merajuk?

Lelaki kuat merajuk adalah perkara biasa pada pandangan Hackers. Hackers sebagai lelaki pernah juga merajuk. Barang sesiapa yang tidak pernah ada perasaan merajuk ini, alamatnya tinggal dua jumaat sahajalah ye. Hahaha..gurau je ea.

Anda(perempuan), pernah melihat lelaki merajuk? Tidak kiralah sama dia itu boyfriend, tunang, suami atau ayah anda sendiri. Jika anda pernah melihat bagaimana lelaki merajuk, bagaimana rupa mereka ini? Comel atau masam? Sudah tentunya mereka ini (lelaki) muka masam dan muncung mulut macam itik sahaja. Lelaki juga mempunyai perasaan seperti perempuan. Ada kalanya mahukan perhatian. Nampak sahaja gagah dan garang tetapi ada ego itu menyembunyikan diri lelaki itu sebenarnya. Cara lelaki merajuk berbeza-beza, contohnya seperti berdiam diri, tidak menegur sesiapa, menyendiri dan sebagainya. Bukan merajuk itu seperti merengek-rengek ok.

Tentu anda (wanita) tercari-cari bagaimana mahu memujuk hati lelaki ini. Jom kita lihat tips bagaimana cara memujuk lelaki dengan tips Hackers ini :

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian.

Cara sebegini adalah cara pertama untuk memujuk lelaki. Biarkan sahaja mereka itu dan Hackers yakin, si dia akan secara automatik hilang perasaan merajuk tadi. Sebab Hackers suruh lakukan sebegini kerana memberi peluang si dia berfikir dan menenangkan diri mereka sendiri.

2. Sentiasa memberi sokongan kepada si dia.

Ini cara halus untuk kaum wanita semua. Dengan cara memberi sokongan kepada si dia akan mendorongkan si dia kurang merajuk kepada anda atau sesiapa sahaja. Anda (perempuan) mesti memahami perasaan pasangan anda. Jika tak faham juga, entahlah.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya.

Ini cara mengelakkan perbalahan dan pergaduhan. Jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Ia seolah-olah anda sedang mengapikan kemarahannya.Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

4. Lakukan sesuatu yang menggembirakan hati anda.

Ya, ini adalah cara terbaik anda untuk mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda sendiri. Mungkin dengan, membaca novel kegemaran anda, main facebook atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Macam mana tips yang Hackers berikan ini? Sudah memadai ke tidak? Jika pasangan anda sedang merajuk sekarang, apa kata gunakan tips ini. Semoga ia berguna untuk anda semua..


4 comments

Anonymous said...

aku x kuat merajuk! lelaki merajuk nie jiwa halus sangat x brutal hahaha

Terowong Informasi said...

ye ke xkuat merajuk ni

Anum said...

hehehe ada gak ek

Unknown said...

tapi kalau laki kuat sgt majuk ase suweet gak..hahah sbb ska tgk muka dorang tue..tpi bila kita xde mood, kena lak dia mjuk..hah siap laa jp g hihi