Madu Dan Racun Belajar Agama Di Internet - Terowong Informasi

Breaking News

Madu Dan Racun Belajar Agama Di Internet


Pada zaman sekarang, internet merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia sekarang. Internet mampu memberi pelbagai ilmu yang baik dan buruk. Ia bergantung kepada pengguna itu sendiri. Anda perasan atau tidak mengenai pelbagai hadis yang keluar di laman sosial seperti Facebook dan laman sosial yang lain? Semakin banyakkan?


Anda tidak rasa pelik ke di mana sumber kesahihannya hadis ini. Bro Nasa difahamkan bahawa ada beberapa hadis yang dikeluarkan di internet adalah palsu!!! Tentu anda tidak perasan tentang perkara ini. Sebenarnya, jika anda mahu belajar agama melalui internet, ada madu dan racunnya. Bro Nasa nak tunjukkan kepada anda apakah madu dan apakah racunnya itu.

Madu Belajar Agama Melalui Internet :
  1. Mudah dan cepat mendapat maklumat.
  2. Banyak alternatif yang boleh dapat.
  3. Dapat menambah ilmu tanpa perlu bersusah payah ke majlis pengajian di masjid atau surau.
  4. Boleh terlibat dengan perbahasan ilmiah lagi mendalam.
  5. Dapat terus merujuk kepada sumber dengan mudah.
  6. Dapat terus pergi kepada masalah yang ingin diketahui seperti dalam soal hukum-hakam.
  7. Dapat mengetahui banyak pandangan ulama-ulama, tidak terikat dengan satu pandangan semata-mata.
Racun Belajar Agama Melalui Internet :
  1. Mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak benar atau mengandungi propaganda.
  2. Terlalu banyak pilihan sehingga keliru untuk memilih mana yang paling betul dan terbaik.
  3. Cenderung meninggalkan cara menuntut ilmu yang sebenar iaitu dengan cara bertalaqi dan berguru di majlis-majlis pengajian di masjid atau surau. Diri tidak rasa pun perlu untuk semua ini kerana seperti urusan seharian pun boleh diselesaikan melalui internet. begitulah juga penguasaan ilmu boleh diselesaikan melalui jalan yang sama. Masjid dan surau akan kosong sedangkan berada di masjid dan surau merupakan anjuran Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Ia merupakan syiar agama dan kekuatan umat.
  4. Mereka yang tidak punya asas dalam sesuatu bidang tetapi meminati bidang tersebut turut terlibat sedangkan dia tidak memiliki kefahaman asas dalam bidang yang dibincangkan itu. Ini menjadikan dia lari dan kefahaman yang sebenar kerana tiada pembimbing sebagai rujukan.
  5. Tidak dapat dipastikan kesahihan sumber. Di samping itu, mudah terdedah kepada pemberi maklumat atau ilmu yang tidak amanah, dengan menukar sumber asli mengikut kehendak sendiri.
  6. Belajar tidak mengikut kaedah yang betul sehingga tidak tahu mana kaedah yang paling sahih dalam memahami hukum tersebut. Membentuk pemikiran cacamarba dalam memahami ilmu agama.
  7. Gagal membuat kesimpulan yang betul kerana tidak memiliki dan mendalami ilmu usul fiqh dan feqah sehingga mencampur-aduk perbahasan ulama sesuka hati tanpa menggunakan kaedah yang tepat. Hakikatnya, setiap ulama itu mempunyai kaedah tersendiri dalam menerbitkan sesuatu hukum.
Jadi, anda sudah memahami apakah madu dan racun jika kita belajar agama di internet? Jika anda sudah faham, anda perlu berhati-hati selepas ini jika anda merujuk sesuatu hadis yang berada di internet. Ingat, kita sekarang berada di zaman fitnah. 


Dengan sedikit perubahan hadis boleh menyesatkan kita tanpa kita sedari. Untuk mendapat rujukkan yang tepat, anda boleh rujuk kepada laman web JAKIM atau laman web ISLAMGRID untuk mendapat sumber kesahihan hadis atau persoalan agama yang ditujukan. Semoga pembelajaran agama anda diredhai Allah S.W.T.

1 comment

Unknown said...

sesat dan menyesatkan ..hati2 lah