Tietgen Student Hall : Asrama Kampus Yang Terbaik Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Tietgen Student Hall : Asrama Kampus Yang Terbaik Di Dunia


Bila kita fikirkan asrama di kolej atau universiti, pasti kita akan memikirkan tempat yang paling tidak menarik untuk diduduki. Ia kerana suasana sekeliling asrama kampus yang sangat membosankan tidak tiada tarikkan tersendiri. Sebab itulah kebanyakkan pelajar kolej dan universiti duduk di luar asrama kerana ingin mendapat suasana yang selesa. Bro Nasa mahu tunjukkan kepada anda asrama yang terbaik di dunia sekarang ini.


Bangunan ini memiliki 7 tingkat dan memiliki 360 bilik. Dibangun di atas tanah seluas 26.800 m2, tak perlu diragukan lagi kerana asrama ini sangat luas dan selesa. Bagi mereka yang suka makan sambil belajar, asrama ini juga memiliki dapur seperti anda inginkan. Dapur yang disediakan memang besar. Ada total 30 dapur berukuran besar dan dilengkapi dengan peralatan memasak yang lengkap. Di setiap dapurnya disediakan 4 peti sejuk dan 3 tempat memasak. Berhampiran dapur dilengkapi dengan ruang makan dan juga laundry. Ia seakan kita berada di rumah kita sendiri.

Untuk keperluan mahasiswa, tentu saja asrama ini menyediakan berbagai ruang untuk belajar sambil beristirehat. Diantaranya ada ruang membaca, ruang komputer yang memiliki scanner, printer dan mesin fotocopy,ruang muzik serta berbagai kemudahan berolahraga seperti basket ball dan pingpong. 


Tietgen Student Hall yang terletak di Copenhagen, Denmark ini layak dianugerahkan sebagai asrama kampus terbaik di dunia dengan fasiliti-fasiliti yg cukup lengkap seperti dapur, ruang membaca, ruangan santai, ruang belajar dan macam-macam lagi sebagai kemudahan pelajar-pelajar di sana. 


Jika di ada di Malaysia, pasti ia menyeronokkan tetapi pelajar malaysia perlulah berdisiplin. Jika tidak, rosak segala peralatan di dalam asrama ini nanti.

2 comments

budakbandunglaici said...

cantik2..
kalu macam ni, tak pergi kelas la..

Terowong Informasi said...

xnk g kelas, kena buang nnt..