Tips Mengurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa - Terowong Informasi

Breaking News

Tips Mengurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa




Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Ini kerana kita menahan lapar dan dahaga semasa puasa dijalankan. Bro Nasa hendak bagi satu tips bagaimana ingin mengurangkan berat badan di bulan puasa. 


Sebelum ini Bro Nasa sudah memberi Tips berbuka puasa. Ok, mari kita lihat amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

• Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.

• Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

• Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Dah tahu apa tips yang Bro Nasa sampaikan ini. Apa kata kita amalkan bersama. Ingat, semasa berbuka nanti, jangan makan ikut nafsu ye. Nanti baju raya anda tidak muat nanti...

3 comments

Unknown said...

agak2 brap kilo yg turun erkk..hmmm lau 10 ok gak hihi

Luqman Zakaria said...

kene amalkan nih..hehehe~

Terowong Informasi said...

mesti ada masalah berat badan ni wahai luqman..hehehe