GiraDora : Mesin Basuh Tanpa Elektrik Dan Termurah - Terowong Informasi

Breaking News

GiraDora : Mesin Basuh Tanpa Elektrik Dan Termurah

Bro Nasa ada terjumpa satu teknologi yang mesra alam dan termurah untuk dapatkan sebuah mesin basuh. Pembelian mesin basuh selalunya melibatkan kos yang agak tinggi bagi yang kurang berkemampuan. Jadi, mereka yang kurang berkemampuan, mereka hanya boleh basuh baju dengan secara manual iaitu memberus sendiri.

Mesin basuh GiraDora adalah mesin basuh yang cukup bagus untuk dicadangkan kepada anda. Ia tanpa menggunakan elektrik dan merupakan mesin basuh termurah di dunia! Jika ia tanpa menggunakan elektrik, bagaimana ia berfungsi? Baiklah, mari lihat video di bawah tentang mesin basuh GiraDora : Anda sudah faham bagaimana ia berfungsi? Bagi pendapat Bro Nasa, ia sangat bagus kerana ia merupakan mesin basuh mesra alam. Selain dari itu, mesin basuh ini ibarat mesin senaman kaki yang boleh membuatkan anda bersenam sambil membasuh. Harga bagi mesin basuh ini adalah sejitar $40 atau dalam mata wang Malaysia iaitu RM120 sebuah. Untuk pengatahuan anda, mesin basuh GiraDora ini dalam peringkat ujian di negara Peru, dan seluruh Amerika Selatan dan negara India. Jika ia sudah mencapai standard, mungkin ia akan dijual ke seluruh dunia.

5 comments

Unknown said...

style der! .. kat mane nak bli ek?

Terowong Informasi said...

kat malaysia xde lagilah bro...benda ni sesuai untuk student bagi pendapat aku

ieza ashaari said...

terbaik ! depan tv pun boleh basuh baju dan bersenam !

plg best, tgh study pun boleh baju.. hahaha..

kitakongsi said...

memang terbaiklah mesin ni,, ni boleh di patternkan.. mesin tu siap boleh keringkan pakaian tak? sebenarnya dah lama car mesin spinner untuk travel

Terowong Informasi said...

mesin ini boleh keringkan pakaian yang dibasuh tu..mcm spin tu..cuma jangan tambahkan airnya...kreatifkan mesin ni