Jeep Grand Cherokee Tidak Selamat?
Kita sebagai pembeli kereta mesti mengutamakan keselesaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Jangan anda fikir, kereta nasional sahaja yang kurang berkualiti malah kereta buatan luar juga tidak berkualiti. Benda yang manusia buat, mana pernah perfect ok.
Bro Nasa mahu tunjukkan satu ujian pada kenderaan Jeep Grand Cherokee ini. Ia dilakukan oleh sebauh majalah popular di Sweden iaitu Teknikens Varld. Dalam ujian ini, mereka lakukan ujian Moose Test terhadap kenderaan ini. Ia seumpama ujian untuk mengelak dan menguji cengkaman pada kenderaan tersebut. Dalam sesi ujian ini, sebanyak 7 biji kenderaan yang sama diuji tetapi semuanya tidak menepati spesifikasi keselamatan. Cuba anda lihat video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut : Anda sudah menontonnya? Apa komen anda mengenai ujian ini. Pasti anda tidak sangka ia merbahaya jika berlakunya kemalangan. Dalam video ini menunjukkan ketujuh-tujuh kenderaan ini mengalami tayar pecah semasa ujian dilakukan. Ia bukan perkara kecil malah boleh dikatakan besar. Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja kenderaan Jeep Grand Cherokee merbahaya malah kenderaan popular di Malaysia, Toyota Hilux juga mengalami masalah yang sama. Jika anda tidak percaya, carilah video di laman Youtube.
No comments
Post a Comment