Maria Ivakova : Model Popular Di Youtube Atas Tindakkannya - Terowong Informasi

Breaking News

Maria Ivakova : Model Popular Di Youtube Atas Tindakkannya


Maria Ivakova adalah seorang model di negara Russia. Model yang jelitawan ini telah menjadi popular di laman Youtube atas tindakkannya. Apa tindakkan yang menyebabkan beliau popular? Ha..pasti akan akan tertanya-tanyakan? Sebenarnya, Maria Ivakova telah menegur seorang wanita atas perbuatan yang salah di tempat awam iaitu membiarkan anjing wanita tersebut berak bersepah-sepah di laluan pejalan kaki.

Untuk pengetahuan anda semua, jika seseorang membawa haiwan peliharaan di tempat awam dan haiwan peliharaan tersebut membuang najis bersepah-sepah adalah satu kesalahan yang besar dan boleh dikenakan saman terhadap pemiliknya. Bukan seperti di Malaysia, ada yang bawa anjing ke taman kemudian biarkan anjing beliau berak dan kencing bersepah-sepah kerana tiada undang-undang dibuat. Undang-undang ini bukan sekadar di Russia sahaja malah ada beberapa di negara luar yang menitikberatkan kebersihan.
Wanita ini yang melakukan kesalahan tersebut

Berbalik kepada cerita ini, Maria Ivakova bertindak mengutip dan melempar najis tersebut ke dalam kereta terbabit dan terus beredar bagi memberi pengajaran kepada wanita terbabit. Memang berani betul Maria Ivakova ini. Video ini telah diupload pada 28 Jun 2012 dan telah berjaya mencapai 3, 121,245 penonton di laman Youtube. Anda jangan fikirkan laman Youtube hanya boleh merakamkan suara anda untuk jadi popular sahaja. Tindakkan yang baik juga boleh buat anda popular. Mari lihat video dibawah ini :

5 comments

Unknown said...

Assalam, berani gila dia nie....

Terowong Informasi said...

marah betul si diana ni..hehe

Princess Feyqa said...

bagus gak law mcm ni, tpi klu kt malaysia ada kucing jalanan, klu buang merata2 spe la kte nk saman ek hehe

iAwani said...

sikapnya perlu dicontohi, berani kerana benar. Cayalah!

-Awani-

Terowong Informasi said...

mmg ptt dia buat macam tu,,,,benda yang baik kan...mana tidaknya, kalau kita terpijak kan dah ssh