Medan Selera Puduraya Mahal - Terowong Informasi

Breaking News

Medan Selera Puduraya Mahal


Bro Nasa baru teringat nak buat entry ini. Dah lama nak buat entry ini tetapi asyik lupa sahaja. Baiklah, hari ini Bro Nasa nak cerita mengenai medan selera di Puduraya, Kuala Lumpur yang berada di tingkat 4 tidak silap Bro Nasa. Medan selera di Puduraya sekarang memang selesa dan tidak kotor seperti dahulu. Dahulu, tempat ini sangat kotor dan tidak tersusun.
Kemudahan yang tersusun dan selesa

Bila sebut medan selera puduraya, pasti akan kata 'ish..kotorlah tempat ini'. Itu dahulu tetapi sekarang 'wah..cantiknya tempat ini, siap ada aircond lagi'. Kita sudah nampak perbandingan antara yang dulu dan sekarang. Walaupun ia sudah berubah, ada satu sahaja yang Bro Nasa tidak suka iaitu harga makanan di situ. Mahal sangat berbanding makan di luar.
Keadaan medan selera sekarang

Ceritanya begini, pada bulan lepas, Bro Nasa ada singgah ke puduraya untuk hantar adik ipar untuk beliau balik ke Kulim, Kedah. Masa menunggu bas, terasa perut lapar dan kami singgah ke medan selera di tingkat 4 ini. Bila masuk sahaja, 'bang, duduk sini bang..macam-macam ada. Goreng-goreng ada..' kata salah seorang pelayan restoran di situ. Bukan main paksa dan beriya-iya ajak pelanggan makan di tempat mereka. Mahu membuat pilihan juga susah.
Keadaan gerai sekarang tersusun

Cara mereka menarik pelanggan memang macam ini sejak dari dahulu lagi. Bro Nasa makanlah di satu tempat untuk makan nasi campur. Bro Nasa cuma ambil nasi putih+ayam goreng+sayur goreng+sambal belacan+teh o ais. Agak-agak, berapa harganya? Harganya lebih kurang RM8.++. Masa itu, Bro Nasa makan 3 orang dan total kesemuanya RM25. Terkedu rasanya bila mendengarkannya. Macam makan kat restoran besar pula. Adakah faktor sewa kedai mahal, harga makanan di sini naik mendadak?
Medan selera nampak moden

Kedai mamak di luar yang dikatakan mahal sebenarnya adalah murah sebenarnya. Bayangkan kedai mamak jual ayam goreng RM3.00 seketul besar tetapi di medan selera puduraya dijual dengan harga RM4.00 seketul kecil. Nampak sangat perbezaan yang amat ketara. Jadi, jika anda mahu makan di medan selera puduraya, Bro Nasa syorkan makan makanan yang bergoreng sahaja dan jangan makan nasi campur. Ada harga tersembunyi di situ. Ingat-ingatlah ye.

5 comments

Izwa Kamaruddin said...

mahal nyer!

Anum said...

maju2

Terowong Informasi said...

tau pon mahal..sekali ajelah bro nasa makan kat situ

Unknown said...

boikot jer bro

Terowong Informasi said...

memang aku boikot sekarang...xnak makan kat situ lagi..