Muzium Mee Segera di Jepun - Terowong Informasi

Breaking News

Muzium Mee Segera di Jepun



Memperingati 40 tahun penghasilan mee segera pertama di dunia oleh perusahaan syarikat makanan Nissin, sebuah muzium mee segera telah didirikan di Yokohama, di selatan Tokyo, Jepun. Pengasas produk mee jenama Nissin Food Holding segera ini adalah Momofuku Ando.


Muzium yang diberi nama 'Cup Noodles Museum' ini, pengunjung dapat melihat sejumlah koleksi mee segera dari waktu dahulu sehingga ke waktu sekarang. Selain itu pengunjung juga dapat menikmati sensasi 'Cup Noodles Park' iaitu sebuah pameran interaktif tentang proses pembuatan mee segera ini.

Mee segera ini tiada di pasaran Malaysia. Kemungkinan status HALAL menjadi faktor produk ini sukar untuk melepasi ke negara ini. Bro Nasa tidak tahu menahu mengenai penghasilan produk mee segera pertama dunia sebelum ini, dan informasi ini berguna kepada anda semua. Satu sejarah yang kita jarang ambil tahu. Jadi, kepada peminat tegar makanan yang berunsur mee segera ini, anda boleh melawati muzium ini yang akan dibuka sepenuhnya pada 17 September 2012 nanti.