Pentas Teater Terbuka Yang Sangat Menakjubkan - Terowong Informasi

Breaking News

Pentas Teater Terbuka Yang Sangat Menakjubkan

Bila sebut teater, pasti ada yang kata, tempat tersebut membosankan dan suram sahaja. Bro Nasa mahu tunjukkan kepada anda satu tempat teater terbuka yang cukup menakjubkan. Ia berada di Cornwall, England. Teater ini diberi nama The Minack Theatre yang cukup popular di sana malah dunia juga.


Teater terbuka ini bukanya dibuka pada setiap hari tetapi ia dibuka dari bulan May sehinggalah ke bulan September pada setiap tahun sahaja. Mereka buat begini kerana bulan tersebut adalah musim panas di sana. Bulan lain, pasti cuaca agak sejuk. Jika anda ke sana, jangan risau jika membawa kenderaan di sana kerana mereka menyediakan tempat letak kereta secara percuma.

Bila anda lihat gambar yang Bro Nasa berikan ini, suasana pemandangan di teater ini menarik sangat dan anda boleh menghirup udara laut di situ. Banyak persembahan teater telah dilakukan di sini. Jika difikirkan, ia seperti di Rom, Italy pula tetapi ianya di England. Untuk pengetahuan anda, pada bulan ini persembahan David Copperfield diadakan disitu. Jika meminati teater, anda bolehlah ke sini ok..

No comments