Skate Park : Glow In The Dark - Terowong Informasi

Breaking News

Skate Park : Glow In The Dark


Ada peminat sukan papan luncur atau Skate Board di sini? Pasti anda melayan aktiviti ini di tempat yang disediakan oleh kerajaan atau badan NGO di Malaysia pada waktu petang ataupun malam. Skate Park di Malaysia sama sahaja di seluruh dunia dan ada yang canggih dan ada yang kurang canggih.

Bro Nasa mahu tunjukkan kepada anda satu tempat Skate Park yang cukup unik dan lain dari yang lain. Ia terdapat di Vassivière Island di Perancis. Cuba anda lihat rekaan yang akan dibuat ini, memang unik dan mencabar bukan? Rekaan ini telah dihasilkan oleh artis dari Korea iaitu Koo Jeong-A. Rekaan beliau bukan sekadar unik malah Skate Park ini bercahaya di malam hari.

Skate Park ini di buat dengan menggunakan konkrit Green phosphorescent. Dengan menggunakan konkrit ini, Skate Park ini bercahaya di waktu malam. Memang tiada ditempat lain di dunia ini yang menyediakan Skate Park yang bercahaya di waktu malam. 

 

Kepada yang suka akan sukan papan luncur atau Skateboarding ini, sudah pastinya anda teringin bermain di tempat ini. Mana tidaknya, anda boleh bermain di malam hari tanpa memikirkan untuk cari lampu limpah.

No comments