Sony Xperia Go : Handphone Kalis Air - Terowong Informasi

Breaking News

Sony Xperia Go : Handphone Kalis Air


Anda seorang yang gemar dengan aktiviti lasak? Selalu terjatuhkan handphone kamu? Bro Nasa cadangkan anda gunakan handphone Sony Xperia Go. Ia tahan lasak, kalis habuk dan juga kalis air!!! Walaupun handphone ini tidak sepopular dengan jenama Samsung atau Apple, Bro Nasa berminat keluar Sony ini.
Bro Nasa jenis orang yang lasak dan agak cuai sedikit penjagaan handphone. Baru-baru ini, handphone Bro Nasa iaitu Nokia 5800XM masuk ke dalam mesin basuh dan terus rosak. Jadi Bro Nasa tercari-cari handphone apakah yang paling lasak dan menggunakan sistem Android. Dengan pengenalan Sony Xperia Go ini, Bro Nasa terpikat pula. Harganya mampu dimiliki iaitu RM999.00. Spesifikasinya adalah :


  • Displays -  3.5”, 480x320 pixels 16,777,216 colour TFT with Bravia Engine  
  • Processor -  1 Ghz dual core processor
  • Rekaan - Kalis calar, kalis habuk, kalis air dan anti-reflection coating.
  • Skrin Sesentuh - Sistem sesentuh sepenuhnya dan mempunyai on-screen Qwerty keyboard.
  • Camera - 5 Megapixle, Auto Fokus dan LED Flash
  • Zoom - 16x Digital Zoom
  • Video - HD Video recording (720p)
  • Format Support - JPEG, 3GPP, MP4, Matroska, AVI
  • Detection - Face & Smile Detection
  • Capturing - Rakaman pantas - Idle to clik 2 second
  • USB - USB High Speed 2.0 dan Micro USB Support
  • Internal memory - 8GB
  • Extansion Memory Slot - Up to 32GB
  • RAM - 512 MB
  • FM - Radio With RDS

Jika diperhatikan spesifikasi pada handphone ini, ia boleh dikatakan 'boleh tahan'. Jika RAM pada handphone ini ditingkatkan lagi kepada minimum 1GB, ia sudah memadai kerana sistem Android sekarang semakin update dan memerlukan RAM yang tinggi. Jika anda hanya pengguna yang tidak mementingkan kuasa Android tersebut, ia masih boleh digunapakai. Jika anda mahu melihat spesifikasi dengan lebih lanjut, boleh layari http://www.sony.com.my/product/xperia+go

No comments