Cannondale CERV : Basikal Konsep Yang Menakjubkan
Revolusi basikal semakin kelihatan sekarang. Dahulunya, basikal tidak mempunyai teknologi yang tinggi dan ianya hanya berfungsi untuk manusia pergi ke sesuatu tempat atau untuk riadah sahaja. Teknologi sekarang tidak mengenal apa pun. Semuanya boleh diupgrade kepada teknologi baru.
Terdapat satu basikal konsep yang digelar Cannondale CERV atau nama panjangnya adalah Continuously Ergonomic Race Vehicle (CERV). Apa yang keistimewaan basikal ini adalah ia boleh mengubah rangkanya dan menyesuaikan dengan keadaan mengikut keadaan jalan. Semasa menuruni bukit, kerusi akan direndahkan dan pemegang didekatkan supaya pelumba boleh merendahkan badan mereka.
Semasa menaiki bukit pula, kerusi dinaikkan dan handle dipanjangkan. Cara pemegang mengawal roda juga menggunakan konsep yg berbeza daripada basikal biasa. Rantai juga tidak digunakan dan ianya hanya menggunakan konsep direct crank. Unikkan basikal konsep ini?
No comments
Post a Comment