Original Atau Cetak Rompak : Mana Pilihan Anda? - Terowong Informasi

Breaking News

Original Atau Cetak Rompak : Mana Pilihan Anda?


Sekarang, kita sebagai pengguna mempunyai pelbagai pilihan yang boleh dilakukan untuk membeli sesuatu barang kerana kita mempunyai hak. Tidak kira apa barang yang kita beli ataupun yang kita mahukan, tiada sesiapa marah dengan kita. Jadi, bila pilihan sudah banyak, kita pula boleh pening memikirkan sama ada mahu beli yang tulen atau tidak tulen. Dalam bahasa pasarnya adalah original atau cetak rompak?

Zaman sekarang, original atau cetak rompak, ia sama sahaja. Baik dari segi kualiti ataupun wang ringgit. Contohnya jika anda membeli kasut berjenama Nike dan dibeli di kedai Nike outlets di shopping kompleks, kos untuk mendapatkan kasut tersebut boleh mencecah RM300 sepasang berbanding anda beli di tepi jalan ataupun uptown. Di Uptown, anda boleh juga dapat kasut berjenama yang sama, design yang sama tetapi harganya tidak sama. Jika di Nike Outlets dijual RM300, di uptown anda boleh dapatkan harga RM90 sepasang. Jauh beza bukan. Ia sama juga seperti jersey kelab bola sepak England, kualiti yang original atau cetak rompak tidak banyak bezanya.

Apapun, ia bergantung kepada pilihan anda. Bagi yang mampu, anda boleh beli yang original dan manakala yang kurang berkemampuan, anda beli sahaja yang cetak rompak. Jika anda pakai, orang tidak akan tanya sama ada ia original atau tidak. Yang penting ia selesa di pakai. Jika andalah, mana pilihan anda? Original atau cetak rompak?

No comments