OwnFone : Telefon Bimbit Sesuai Untuk Warga Emas Dan Kanak-Kanak - Terowong Informasi

Breaking News

OwnFone : Telefon Bimbit Sesuai Untuk Warga Emas Dan Kanak-Kanak

Bagi ibu bapa yang risaukan anak mereka menyalahgunakan telefon bimbit, Bro Nasa ada cara mengatasinya. Anda perlu membeli telefon bimbit OwnFone untuk anak-anak anda dan juga sesuai untuk golongan warga emas. Sebelum ini, Bro Nasa ada postkan entry mengenai Blackberry Peer yang sesuai dengan kanak-kanak tetapi OwnFone juga sesuai.

OwnFone hanya membenarkan mengisi nombor yang amat terhad. Lihat sahaja gambar yang Bro Nasa sediakan ini. Anda boleh melihat beberapa butang dail sahaja. Sebenarnya, pihak OwnFone mencipta telefon bimbit ini khas untuk pelajar pra sekolah sahaja. Mereka sukar untuk mendail dan mencari nombor yang patut perlu dihubungi. Dengan OwnFone, mereka hanya menekan nama pada OwnFone akan memudahkan mereka menalefon ahli keluarga. 

Pihak OwnFone juga memgeluarkan OwnFone versi BRAILLE dan GAMBAR. Oleh itu orang buta  boleh mendail dengan membaca tulisan Braile dan kanak-kanak yang tak tahu membaca boleh tahu siapa yang di telefon dengan menekan gambar. Unik bukan telefon bimbit ini? OwnFone dijual hanya di United Kingdom buat masa ini dan dijual pada harga GBP 50 (RM 246) sebuah.

3 comments

Anum said...

sesuai

Terowong Informasi said...

mmg sesuai..cepatnya komen

yayahnasake said...

ciptaan yang sangat bagus dan bermanfaat buat semua umat manusia :)