Papan Tanda Yang Membuat Anda Tertanya-Tanya - Terowong Informasi

Breaking News

Papan Tanda Yang Membuat Anda Tertanya-Tanya


Anda pernah melihat papan tanda ini? Papan tanda yang menunjukkan sesuatu yang pelik. Apa yang peliknya adalah mengenai 25jam tersebut. Dalam 1 hari, cuma ada 24 jam sahaja. Restoran ini boleh mengalahkan kedai serbeneka 7-Eleven.

Restoran ini Bro Nasa memang tahu. Ia terletak di Larkin, Johor Bahru, Johor. Restoran ini memang dah lama berniaga sejak dari Bro Nasa kecil dahulu. Dahulu, Bro Nasa tinggal di larkin iaitu di Kuaters JKR Jalan Datin Halimah yang bersebelahan perpustakaan Sultan Ismail, tetapi sekarang telah dirobohkan dan dijadikan pusat perniagaan dan kondominium. Restoran ini tidak mempunyai keunikkan apa-apa pun. Ia menjual nasi lemak, roti canai dan macam-macam lagi. Jika mahu ke restoran keluarga 25jam ini, ia hanya bersebelahan dengan dengan Bank Simpanan Nasional dan bersebelahan juga dengan Mutiara Motor Sdn Bhd.

3 comments

Unknown said...

bro orang johor rupanya ekkk

Unknown said...

boleh penin wo

Terowong Informasi said...

Encik Cool..bro nasa mmg orang Johor...