Pemandu Yang Mementingkan Diri Sendiri - Terowong Informasi

Breaking News

Pemandu Yang Mementingkan Diri Sendiri


Anda biasa terkena situasi seperti gambar di atas ini? Sakit hati ke tidak? Bagi Bro Nasa, ia perkara Bro Nasa anti sangat. Macam mana tidak anti tindakkan pemandu seperti ini, kita bersusah payah beratur, tiba-tiba ada pula mala'un datang menyelit tanpa segan silu.

Bro Nasa jumpa orang seperti ini, tindakkan Bro Nasa adalah rapatkan kereta dengan kereta di hadapan. Itu pun kadang-kadang, mala'un tersebut tetap tidak mahu kalah sampai nak bergesel kereta terutamanya pemandu teksi. Bro Nasa memang tidak berpuas hati tindakkan segelintir pemandu teksi ini kerana memandu serupa jalan depa punya. Bro Nasa tidak berpuas hati dengan pemandu teksi kerana pernah mengalami kemalangan jalan raya di Highway Pasir Gudang, Johor tidak lama duhulu. Sudahlah buat salah, bukan nak tolong malah lari. Kepala Bro Nasa masa tu dah lah pening sehinggakan tidak mendapat cam nombor pendaftaran tersebut.

Apa yang boleh dikatakan, janganlah memandu mementingkan diri sendiri. Anda nak ke mana pun sehingga mahu cepat sangat. Mahu berak ke apa?  Bukannya tempat yang anda mahu pergi itu lenyap selamanya. Fikirkan pemandu yang lain. Mereka juga mahu cepat.

2 comments

Jujurara said...

mmg ramai yang cmnie.sakit hati kadang2 bila teringatkan . pentingkan diri sndiri jerk..lau sy pn akan hmpit kereta sy dgn kereta dpn x bg chence pnye.tp kadang2 terpksa la bg jalan sbb takut excident..nnty lagi ssh..biarlah kita mngalah dri xcident..huhuhu

Terowong Informasi said...

betul tu pwincess...Bro Nasa kadang2 ngalah juga..