Adopt A Guy : Lokasi Wanita Mencari lelaki Kacak - Terowong Informasi

Breaking News

Adopt A Guy : Lokasi Wanita Mencari lelaki Kacak

Adopt A guy merupakan konsep baru di dunia di mana kaum wanita boleh memilih lelaki kacak idaman anda. Ianya khas untuk kaum wanita dan bukannya Gay. Lokasi ini terdapat di France sahaja. Anda boleh memilih lelaki idaman anda sama ada, anda datang ke kedai lokasi tersebut dan juga boleh dipilih melalui katelog sahaja.

Dalam bahasa kasar, ia merupakan konsep memborong lelaki secara terus ataupun bidaan. Model di dalam kotak tersebut akan bertukar pada setiap jam dan anda boleh menyuruh mereka mengenakan pelbagai jenis pakaian yang dimahukan sebelum anda memborong mereka. Anda jangan terkejut, mereka siap dengan laman web tetapi anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Laman web mereka adalah http://www.adopteunmec.com/ yang menawarkan perkhidmatan ini.

Ia memang nampak pelik bila difikirkan. Selalunya, wanita yang selalu dikaitkan seperti ini tetapi lelaki pula yang ditawarkan. Kedai ini telah mendpaat liputan yang amat meluas dan ada sesetengah penduduk di Frace menyukai konsep kedai ini. Dengan kewujudan kedai ini, wanita tidak akan tertipu lagi akan avatar profile di Facebook atau mana-mana laman sosial yang kononnya hensem atau kacak. Jika ia diwujudkan di Malaysia, adakah anda setuju atau membantahnya? Mari komen sedikit dan jangan maki-maki sudah ye.

2 comments

Luqman Zakaria said...

uish..macam gigolo jer..haha

Terowong Informasi said...

hahaha..mcm iye kot..