Apakah Keturunan Melayu Anda?
Pasti sebilangan orang tidak tahu apakah keturunan melayu anda. Anda jangan fikir, melayu ada satu jenis sahaja tetapi ia banyak sebenarnya. Bro Nasa tahu benda ini semasa berkhidmat di salah satu penyelidikkan di sebuah agensi kerajaan dahulu. Pelbagai jenis melayu yang kita tidak tahu sebenarnya. Nak tahu apakah ia? mari kita lihat keturunan melayu mengikut jenis :
ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-

- Orang Melayu Kedah
- Orang Melayu Beruas
- Orang Melayu Manjung
- Orang Melayu Grik
- Orang Kelang
- Orang Melayu Melaka
- Orang Melayu Kelantan
- Orang Melayu Terengganu Pantai
- Orang Melayu Ulu Terengganu
- Orang Melayu Bentong
- Orang Melayu Lipis
- Orang Melayu Temerloh
- Orang Melayu Johor
- Orang Melayu Brunei
- Orang Melayu Kedayan
- Orang Melayu Cocos
- Orang Melayu Sarawak
ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
- Aceh
- Ambon
- Banjar
- Batak (tidak termasuk Mandailing)
- Bawean (Boyan)
- Bugis
- Cham
- Jawa
- Kerinci
- Mandailing (dianggap sebagai )
- Melayu
- Melayu Asahan (Batubara).
- Melayu Bengkulu.
- Melayu Deli.
- Melayu Jambi
- Melayu Palembang.
- Melayu Patani
- Melayu Riau
- Melayu Siak
- Minangkabau
- Nias
- Ocu (Kampar)
- Rao (Rawa)
- Utsul
PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
- Peranakan Parsi
- Peranakan Arab
- Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
- Peranakan Cina
- Peranakan Turki
- Peranakan Siam / Samsam
- Peranakan Eropah
Anda sudah tahu apakah keturunan melayu anda? Jadi apakah keturunan melayu anda? Jika ditanya Bro Nasa, Bro Nasa mungkin dibahagian Melayu Peranakkan. Anda bagaimana pula...
5 comments
hehe.. diceritakan oleh tok buyut saya, atoknya asal dari Ponorogo, jawa tu.. boleh dikatakan dua-dua belah moyang saya asal jawa indonesia..
anak jati org melaka. hee..
farah : Kira awk ni org jawalah ye..heheheh
Mira : Anak jati org melaka ye...
eila anak dagang ye..bro x...
x kisahlah Melayu apa pun..janji kita x layu.. betul x?
Post a Comment