Baju Termahal Di Dunia - Terowong Informasi

Breaking News

Baju Termahal Di Dunia


Anda gila fesyen atau gemar bershopping? Jika anda gemar, berapakah baju paling mahal yang anda beli itu?  Pasti harganya lingkungan RM500 sehelai baju anda pernah beli. Itu hanya tanggapan Bro Nasa. Mungkin ada harga yang lebih tinggi dari anggaran yang Bro Nasa berikan itu.


Anda tahu baju termahal di dunia? Kenal Dibbie Wingham? Jika anda kenal, memang anda seorang yang updated dengan fesyen terbaru ini. Pereka Dibbie Wingham ini baru sahaja menghasilkan baju termahal di dunia sekarang ini. Ianya bernilai 3.5 Juta Pound (RM 17.3 Juta) dan ianya dihiasi 50 permata hitam sebesar 2 karat. Benangnya iaalah benang emas dan platinum bagi menghasilkan baju yang sesuai untuk majlis makan malam ini. Dibbie Wingham menghabiskan masa selama 6 bulan untuk menghasilkan baju mahal ini. Berat baju ini adalah 13 kilogram.

1 comment

ieza ashaari said...

mahal2 pun still xcukup kain..