Karenah Manusia 1 : Gatal Tangan - Terowong Informasi

Breaking News

Karenah Manusia 1 : Gatal Tangan


Bro Nasa terfikir sesuatu mengenai tabiat atau perangai manusia di sekeliling kita, tidak kira kawan, jiran atau adik beradik kita sendiri. Bro Nasa terfikir untuk buat entry pada hari ini bagi membuat anda terfikir sendiri. Tabiat yang Bro Nasa mahu sentuh pada hari ini ialah mengenai gatal tangan.

Gatal tangan, setiap manusia pasti mempunyai tabiat ini. Sebagai contohnya adalah suka menukar siaran televisyen atau siaran radio semasa iklan keluar secara kerap. Bukan gatal tangan sebab duit ok. Tabiat ini, selalu Bro Nasa perhatikan di sekeliling kita. Bro Nasa tidak tahu mengapa mereka suka tukar siaran sekerap mungkin. Ia sebenarnya boleh menggangu orang lain tanpa kita sedari.

Bro Nasa bukan jenis yang suka menukar siaran radio atau televisyen. Bila dengar satu siaran, akan dengarkan ia sehingga habis. Anda pernah lihat tabiat seperti ini di depan mata anda? Pasti ia mengganggu anda ketika sedang syok melayan sesuatu rancangan tanpa ditukar. kadang-kadang, dengan perbuatan ini boleh menjadikan ia satu pergaduhan besar. Jika ada rakan atau adik anda lakukan seperti ini, apakah tindakkan anda? Layankan atau menegurnya?

3 comments

Anonymous said...

hahaha...kadang2 tu memang serabut, tgh2 syok tgk tv , ade je yg tukar channel , hahaha


http://miro-oh-yeah.blogspot.com/

Terowong Informasi said...

tahu takpe...pening pala jumpa org mcm ni kan

Anum said...

adoi2