Komen Bro Nasa Mengenai Artis Malaysia Yang Pernah Jumpa [Part 1] - Terowong Informasi

Breaking News

Komen Bro Nasa Mengenai Artis Malaysia Yang Pernah Jumpa [Part 1]

Sejak menetap di Kuala Lumpur, memang ramai Artis Malaysia yang kelihatan tanpa disedari. Kadang-kadang jumpa pun, Bro Nasa hanya senyum sahaja dan tidak sempat untuk mengambil gambar mereka. Jadi, hanya ingat dalam kepala otak sahajalah.
Hari ini, Bro Nasa nak komen mengenai Artis Malaysia yang pernah Bro Nasa jumpa. Komen ini mengenai perangai, gaya dan sebagainya. Komen ini adalah komen jujur dan bukannya di reka-reka. Jika ada Artis yang baca di blog ini, jangan isukan ke dalam melodi sudah. Baiklah, mari teruskan membaca apakah komen dan siapakah Artis yang Bro Nasa pernah jumpa itu :

Maria Farida
Bro Nasa jumpa Maria Farida semasa di lapangan terbang Kuching, Sarawak pada awal tahun 2012. Masa itu, Bro Nasa sedang menunggu kapal terbang untuk berlepas untuk ke Kuching-Kuala Lumpur dan tak sangka beliau lalu di depan Bro Nasa malah satu kapal terbang dengan beliau. Beliau memang cantik dan kulit putih gubu. Nak kata dia sombong, tidak pada pendapat Bro Nasa kerana dia membalas senyuman Bro Nasa. hahaha..

Awie
Bro Nasa jumpa Awie ini sebanyak 2 kali iaitu di Hard Rock Cafe, Bukit Bintang dan di HUKM. Beliau memang friendly habis orangnya. Masa jumpa beliau di Bukit Bintang, Bro Nasa nampak beliau dengan rakan beliau lepak-lepak di situ. Saja jumpa beliau dan ingin bergambar dengan beliau, beliau menghargai peminatnya untuk bergambar. Beliau sempat juga melawak depan Bro Nasa dan kawan-kawan. Memang best abang awie ini.

Abon
Jumpa Abon ini sebenarnya memang tidak sangka kerana jumpa beliau di dalam Lif HUKM, Cheras. Pada mulanya, Bro Nasa tidak perasan tetapi di tegur oleh kawan yang mengatakan beliau adalah artis, barulah kami tegur. Beliau memang lawak orangnya dan mesra. Sempat juga bergambar dengan beliau walaupun dapat borak sekejap. Walaubagaimanapun, beliau memang mesra orangnya.

Siti Shahrizah Saifuddin (Eja)
Bro Nasa jumpa beliau ini di kedai dobi yang berhampiran dengan rumah sewa Bro nasa di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur dahulu. Sudah dua kali jumpa beliau dia di tempat sama iaitu kedai dobi. Pada pandangan Bro Nasa, beliau ini memang cukup bergaya orangnya. Macam seorang model walaupun hanya ke kedai dobi. Masa itu, Bro Nasa nampak beliau menaiki kereta Mercedes biru gelap. Nak borak dengan beliau, tak dapat...

Shila Hamzah
Bro Nasa jumpa beliau semasa Bro Nasa datang ke Angkasapuri atas urusan kerja. Masa itu, Bro Nasa menjamu selera di satu kafeteria RTM dan tidak sangka jumpa beliau di situ. Bro Nasa jumpa beliau sewaktu beliau belum memakai tudung. Beliau ketika itu bersama dengan ibunya. Pada pandangan Bro Nasa pada mulanya, beliau ini nampak sombong. Macam perasan star tetapi beliau memang "Superstar" sebenarnya. Mungkin gaya yang dikenakan ketika itu menampakkan beliau seperti sombong tetapi mungkin tidak. Kalau jumpa beliau di RTM, nak ambil gambar dengan beliaulah nanti.

Ini adalah sebahagian sahaja yang Bro Nasa ceritakan. Ada banyak cerita yang mahu disampaikan Nantikan sambungannya kemudian ye..

4 comments

MéuzAngelo™ XXIII said...

perghhhh.. maria farida tu.. hehe :p [link blog saya]

Aku pengembara said...

Artis2 Malaysia memang sporting laa...

farid omar said...

untungla...

Terowong Informasi said...

betul..gaya je macam sombong tetapi tak sebenarnya..